!-- SCM Music Player http://scmplayer.net --> expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Bisikan Hati. Show all posts
Showing posts with label Bisikan Hati. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Kupu-Kupu Cinta

                               


Sang Kupu-kupu,
Makin ia dikejar, makin kuat ia bertambah lari,
Akan tetapi, jika ia dibiarkan terbang sendirian, ia akan datang di saat kita tidak lagi mengharapkannya,
Ibarat cinta manusia.....
Hargailah ia sebelum terlambat....

Cinta Allah,
Makin kuat kita mngejarNya, makin kuat DIA berlari ke arah kita...
Kerana Cinta-NYA sentiasa subur bersama-sama dengan kita...
Tanpa kita sedari,
Maka Beruntunglah bagi mereka yang terpilih untuk merasai kemanisan Cinta Ilahi...



*Fikir-fikirkan ^_^




Kupu-kupu Cinta


Pertemuan ini menjadi suatu bererti
Dikala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk maha kuasa
syair-syair cinta tercipta karna dia

Kupu-kupu cinta 
terbanglah tinggi menuju jalannya
Hinggaplah engkau dibunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta

Ya illahi Robbi
Tiada lain hanyalah namamu
Satukan Cinta ini dalam bingkai
Untaian ridhomu

Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Dikala diri menepi untuk warna-warna hati

Wednesday, April 9, 2014

Duhai Hati...Jangan Bersedih



Duhai Hati,
Bertahanlah....
Tiap titisan air mata yang jatuh ketika sujud,
Pasti ada Dia yang akan menyekanya.

Tiap aduan hati yang penuh sendu,
Pasti ada Dia yang memujuk hatimu,

Duhai hati,
Sesungguhnya dikau tidak pernah bersendiri,
Kerana hanya dengan kasih sayang Allah,
Dunia itu datang kepadamu,
Kerana hanya dengan perhatian daripada Allah,
Seluruh langit dan bumi seolah-olah bersamamu.

Maka, duhai hati,
Janganlah bersedih...

Bergembiralah,
Kerana hanya dengan kasih sayang Allah itu di singgahsana hatimu,
Seisi dunia dengan relanya duduk bersama denganmu. 



Disaat hati merintih sedih,
10042014

Tuesday, April 8, 2014

Benar.....DIA Maha Menghulurkan Pertolongan

All praises to Allah S.W.T....


Dear Allah,
in this time of difficulty, YOU help me,
Whenever I really need your help, YOU are always with me,
Whenever I feel hurt, it is YOU who listen to me,
Whenever I am alone, it is YOU who always be there with me,
Whenever I am sad, YOU release my sadness with your wisdom of words (Al-Quran),
Whenever I am happy, it reminds me of your blessing,

Dear Allah,
Do Forgive me,
I may not be a good person to YOU,
In my such busy days everyday, sometimes I miss to come to YOU at a perfect time,
When you are calling me five times a day,
And Sometimes I may not be a good daughter to my parents,
Sometimes I may not be a good friend to my friends,
Sometimes I may not be a good employer to my employee,
Yet, YOU are so kind to me,
For everything that you already give me,
May this journey be filled with your blessing,
and Please accept my good deeds along this path,
This is my answer to YOU for the sake of my hereafter,
at the time if YOU asked me "Where did you spent your young age?"
Thank You Allah,
You are so kind with me,
I am always in need your HELP & Kindness.

Liyana 9042014.



 P/s: Buat sahabat-sahabat di luar sana, setiap kali berdepan dengan ujian dan kesukaran, angkat tanganmu dan berdoa kepada NYA, yakinlah pertolonganNYA pasti menjengah =) Bila bersandar pada makhlukNYA, pasti kita akan kecewa. Tetapi bersandarlah hanya kepadaNYA, DIA pasti tidak akan mengecewakannmu...subhanallah...


Friday, November 22, 2013

Tenanglah Dikau Di sana...........Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam [ 1993-2013 ]

Bismillahirrahmanirrahim..

Hati saya terusik apabila menyaksikan video jenazah Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam. Hati saya menangis, mengenangkan kesolihan dan  bakti arwah di sepanjang perjalanan hidupnya yg masih muda. Secara jujur, diri ini malu apabila membandingkan sumbangan yg telah saya lakukan untuk Islam..sungguh tidak banyak! Astaghfirullahal'azim. Ampunkan diri ini Ya Rabbi, moga Engkau masukkan diri ini dalam lembayung rahmat dan kasih sayang-Mu. Ikhlaskan diri dalam mencari redha Ilahi, In sya Allah.

Bersama-sama kita ikuti kisah Allahyarham Ahmad Ammar untuk djadikan tauladan. Apakah kita bisa untuk menjadi seperti dirinya?? Muhasabah.........


...................................................................................................................................................................
Ahmad Ammar adalah seorang pelajar Malaysia yang dimuliakan di Turki. Di laman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.
Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.
Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Al-Fatihah..


Wednesday, September 18, 2013

Kau Pemilik Cinta .....



Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

(Harmony)
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

(Harmony)
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu




Everything you need will come to you at the perfect time......in sya Allah ^_^

Menanti dengan penuh kesabaran

Sunday, July 21, 2013

Friday, July 5, 2013

Selamat Hari Lahir

Ya Allah 
kala bonda bertarung utk memilih antara nyawaku atau nyawanya
Engkau Yang Maha Pengasih menyelamatkan kami berdua
syukur pada Mu hingga kini kami masih bersama

Tuhan..
sudah jauh rasanya berkelana
suku abad sudah hidupku di bumi fana
lelah juga mujahadah yang dimula
namun tidak akan ku putus asa
terlalu banyak dosa yang ditempa
terlalu sedikit taubat yang kupinta
banyak sekali janji yang dikata
namun banyak juga ku mungkir dusta
sampai bila perjalanan ku ini
hanya Engkau Yang Maha Mengetahui

terlalu banyak ingin kupinta
terlalu banyak ingin kuadu
namun sebenar-benarnya aku tahu
Engkau tahu walau tanpa ku adu
Engkau tahu walau tidak diberitahu 
siapalah aku tanpa Mu
Tuhan 
selalu ku mohon pada Mu
berikan ku redha atas setiap yg berlaku
tidak ingin disegera apa yang Kau tunda
tidak ingin ditunda apa yang Kau segera
biarkan aku sentiasa begitu
agar aku tidak selalu pertikaikan takdir Mu
biar aku bersyukur selalu
walau adakala apa yang Kau beri aku tidak mahu
sesungguhnya Engkau beri apa yang aku perlu
bantu aku dalam kembara ini
hingga akhirnya aku sampai ke destinasi suci
menemui Mu Tuhan yang Maha Tinggi
melodi jiwa
tatkala hari ulangtahun semakin menghampiri...
22 julai 1987



*”Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (Surah Al-Hadid: 22-23)*

Friday, April 26, 2013

Kita hanya Hamba

Assalamualaikum w.b.t...

Terima Kasih ya Allah atas segala nikmat kurniaanMu buat diri ini. Sungguhpun pd ketika dan saat ini diri ini sedang diuji, kekalkan lah kekuatan diri ini untuk terus bertahan dgn ujianMu ya Rabbi. Sesungguhnya kita adalah HAMBA-Nya yg lemah, ketahuilah setiap ujianNya adalah tanda kasih sygNya buat diri kita.

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.”
– Hadis riwayat Thobrani

Sahabat2, sentiasa ingatkan diri kita setiap kali kita sujud menghadapNya; 

" Aku adalah hambamu ya Allah, diriku cuma seorang hamba.. terimalah hamba yang penuh hina ini, wahai Tuhan Yang Maha Hebat..."

Terasa betapa hinanya diri ini ketika kepala yang paling mulia diletakkan selaras dengan kaki yang paling rendah dan hina pada pandangan manusia. 5 kali sehari kita kembali mengingatkan diri, aku seorang hamba...

Maka selayaknya diri ini hidup dalam penuh ketaatan kepada Tuhan & Tuan yang menciptakanku...


Terima Kasih ya Allah, tambahkan rasa syukurku, payunglah diri ini di bawah naungan kasih sayang-Mu yg kekal abadi.


wallahua'lam,

Liyana Hazwani Mohd Adnan.

Monday, July 30, 2012

Believe in HIM ^^

Di saat perasaan itu datang, ada kerisauan yg bertamu. mengapa Ya Rabbi?? tenangkanlah hati ini dgn teduhan keimanan dari-Mu, sesungguhnya petunjuk dariMu yang ku damba. Hati itu tenang dgn kebenaran, ttp gelisah dgn kepalsuan dan kemaksiatan. Persoalannya, di manakah letaknya hati ini? adakah hati ini bisa dipercayai setiap denyutan yg dirasakan olehnya? KepadaMu ku mohon petunjuk dari-Mu, di lewat istikharahku, pada-Mu ku bersujud memohon petunjuk dari-Mu. Ya Rabbi, sungguh Engkau Maha Mengetahui segala yg tersirat. Hanya keyakinan kepada-Mu menjadi bekalan untuk ku teruskan langkah, menuju ke destinasi yg masih samar, tetapi ke SYURGA itu yg pasti. Lindungilah hambaMu ini ya Allah, peliharalah iman ini.